suria

Katy Perry Menyorok Bawah Meja Nampak Bekas Suami

PENYANYI Katy Perry berkelakuan pelik apabila menyembunyikan diri bawah meja gara-gara terserempak dengan bekas suaminya, Russel Brand di sebuah restoran.

Menurut laporan portal Contactmusic, ketika Katy dan kekasihnya, John Mayer sedang menikmati makan malam bersama di restoran tersebut, Russel pula tiba-tiba muncul di tempat yang sama.

"Saat Katy melihat Russel, dia segera bersembunyi di bawah meja dan keluar semula selepas Russel bejalan jauh keluar dari restoran berkenaan.

"John pula tanpa membuang masa meletakkan sejumlah wang di atas meja dan pasangan itu bergegas keluar menerusi pintu belakang menuju ke kereta yang sudah pun menunggu mereka," kata sumber.

Walaupun Russel mungkin tidak sedar tentang perkara itu, namun pelanggan yang berada di restoran itu melihat kejadian tersebut.

Ia bukan kali pertama bekas pasangan suami isteri itu berada di satu lokasi yang sama. Bulan lepas, Katy dan Russel dilihat sedang menyaksikan pertandingan bola keranjang LA lakers di barisan VIP yang berbeza. Saat itu, kedua-duanya tidak menyapa antara satu sama lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain