Diana dan Farid semasa hari pernikahan mereka pada 3 November lalu. PETALING JAYA: Pelakon popular, Diana Danielle mendapat perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil selepas 16 hari bernikah dengan pengarah filem dan aktor, Farid Kamil.Menerusi laporan Kosmo! pada Selasa, berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka. "Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.