suria

Aziz Sattar Bakal Rujuk Semula Isteri

Aziz dan isterinya Hashimah pada majlis persandingan mereka bersempena pakej kahwin-kahwin Melaka pada 2007.
Aziz dan isterinya Hashimah pada majlis persandingan mereka bersempena pakej kahwin-kahwin Melaka pada 2007.
Aziz dan isterinya Hashimah pada majlis persandingan mereka bersempena pakej kahwin-kahwin Melaka pada 2007.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Satar mengesahkan bakal rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat selepas sembilan bulan bercerai.

Akhbar Kosmo pada Isnin melaporkan, seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu berkata dia dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh persefahaman semula.

Sehubungan itu, Aziz meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.

“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya.

Katanya, dia mahu kembali rujuk dengan Hashimah setelah melihat kesungguhan wanita berusia 54 tahun itu yang kerap menziarahinya sewaktu dia dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

Pasangan itu berkahwin pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas enam tahun hidup bersama, Aziz melafazkan cerai terhadap Hashimah pada 3 Mac lalu di kediaman mereka di Hiliran Ampang dekat sini, ekoran masalah emosi yang terganggu kerana penat selepas pulang dari Kuantan, Pahang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain