SukiKUALA LUMPUR: Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember ini.Menurut laporan akhbar Kosmo, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, berkata dia teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi dan tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember ini. “Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan.“Rasa tidak sabar pula menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang,” kata penyanyi lagu Terlalu Mencintaimu itu.Sementara itu, pasangan tersebut akan mengadakan majlis tertutup di Pulau Pinang bertemakan perkahwinan dalam taman dan pada sebelah petangnya majlis keraian akan diadakan di atas kapal Star Cruise Libra pula.Hampir keseluruhan majlis perkahwinan itu ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis.Pasangan itu mula berkenalan pada empat tahun lalu dan mula serius setahun kemudian.