suria

Rihanna Rancang Ingin Hamil

Rihanna
Rihanna
Rihanna

NAMPAKNYA keintiman hubungan antara Rihanna dan Chris Brown makin jelas apabila sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Menurut laporan portal The Sun, pelantun lagu Diamonds itu merancang untuk memiliki seorang anak.

"Dia telah bertanya kepada pihak syarikat rakamannya sampai bilakah dia akan sibuk dengan kerjanya kerana ingin berehat buat seketika. Peliknya dia memberikan alasan ingin mendapatkan anak.

"Kata-katanya membuatkan semua orang yang berada di situ ternganga. Mana tidaknya, dia tidak pernah berbicara begitu serius seperti yang dilakukannya baru-baru ini," kata sumber.

Bagaimanapun, tambah sumber tersebut, Rihanna tiada ruang masa dan akan sibuk dengan karier nyanyiannya sehingga tahun 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain