Program What Men Want membawa pulang anugerah Rancangan Realiti Terbaik.PETALING JAYA: Malam penganugerahan Asian Television Awards ke 17 (ATA 17) yang berlangsung minggu lepas menyaksikan stesen ntv7 merebut anugerah Rancangan Realiti Terbaik menerusi siri realiti What Men Want apabila diumumkan pada majlis berprestij itu di Hotel Shangri-La, Singapura.Saluran itu juga menjadi satu-satunya stesen daripada Malaysia yang berjaya membawa pulang anugerah pada malam tersebut. Menurut penerbit What Men Want, Tan Yin Yin, kemenangan itu menjadi bermakna apabila bersaing dengan beberapa lagi program hebat yang disiarkan di seluruh Asia seperti Restaurant Bobby Chin dan Portraits China : Jackie Chan."Kemenangan ini menjadikan segala penat lelah dan cabaran yang kami alami sebelum ini ternyata berbaloi."Kami amat berbangga dengan pencapaian enam jejaka yang menyertai rancangan ini bersama insan tersayang mereka yang sudi berkongsi kehidupan mereka untuk tontonan orang ramai serta semua kru produksi yang amat berdedikasi menjayakan rancangan ini," ujarnya.Ntv7 yang menyambut ulang tahun ke 14 tahun ini juga dinamakan sebagai stesen yang mendapat pujian tertinggi di majlis ATA 17 di mana majlis itu dianjurkan bagi memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam bidang penerbitan, rancangan serta persembahan produksi TV dari seluruh Asia.Saluran itu juga diberi penghormatan dalam tiga buah pencalonannya sebai judul yang harus mendapat pujian tertinggi dalam anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (Debbie Goh, The Descendant), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (Jojo Goh, Forget Me Not) dan “Lagu Tema Terbaik” (Wu Jia Hui, The Descendant).Ntv7 menerima sepuluh pencalonan ada malam itu termasuklah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (dua pencalonan), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (dua pencalonan), “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu” (satu pencalonan), Lagu Tema Terbaik (tiga pencalonan), “Lakon Layar Terbaik” (satu pencalonan) dan “Rancangan Realiti Terbaik” (satu pencalonan).Pencapaian yang di luar jangkaan ini pastinya memastikan ntv7 meneruskan usahanya dalam menerbitkan lebih banyak kandungan hasil produksi tempatan.“ntv7 adalah salah satu daripada peneraju kandungan hasil produksi tempatan dan sentiasa berjaya mengekalkan rating yang baik untuk rancangan-rancangannya."Pencapaian di Asian Televison Awards ke 17 ini merupakan salah satu dorongan untuk kami meneruskan penerbitan kandungan produksi tempatan yang berkualiti kepada para penonton” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.Sementara itu, sebuah pengumuman menarik baru-baru ini mewar-warkan bahawa Media Prima Berhad dan MediaCorp Singapura akan membuat usahasama dalam menghasilkan dua drama bersiri Melayu – “Melangkaui Masa” dan “Cikgu Cinta” yang dijadualkan bersiaran di TV3 pada tahun hadapan.Ini merupakan kerjasama kedua di antara dua syarikat itu semenjak menjalinkan hubungan sejak tahun 2006.Majlis Asian TV Awards ke 17 menyaksikan seramai 14 buah negara Asia dengan penyertaan sejumlah lebih 1,300 diterima daripada pelbagai genre dari nkategori televisyen dan persembahan.Seramai 48 juri profesinal daripada 12 buah negara telah diberi tanggungjawab dalam memilih pemenang daripada 38 kategori yang dipertandingkan.