suria

Hillary Duff Akui Penat Besarkan Anak Sulung

Hillary Duff anggap pengalaman membesarkan anak pertama memenatkan dirinya.
Hillary Duff anggap pengalaman membesarkan anak pertama memenatkan dirinya.
Hillary Duff anggap pengalaman membesarkan anak pertama memenatkan dirinya.

LOS ANGELES: Pelakon dan penyanyi Hilary Duff berkata kesibukan menjaga anak sulungnya Luca yang dilahirkan pada sembilan bulan lalu telah mengubah kehidupannya dan suami Mike Comrie.

Bagaimanapun, Duff berkata, dia dan suami tetap berusaha memperuntukkan waktu berkualiti bersama.

"Keadaan sangat berbeza sekarang. Saya berasa terlalu penat pada setiap malam selepas seharian menguruskan anak.

"Saya bergerak ke sana sini di dalam rumah kerana dia (anak) semakin lasak. Dia cuba untuk bercakap dan agak agresif," katanya seperti dipetik laman contactmusic.com.

Duff berkata, dia tidak mahu memiliki anak dalam tempoh beberapa tahun ini sehingga anaknya membesar.

"Secara dasarnya, saya dan Mike terlalu obses dengan Luca. Dia anak yang sempurna.

"Saya fikir apabila anak anda semakin membesar anda pasti merindui fasa ketika dia masih bayi dan mula merancang untuk anak seterusnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain