BUAT pertama kalinya dalam Youtube, lagu Oppa Gangnam Style nyanyian penyanyi Korea Selatan, Psy mencipta sejarah apabila klip video tersebut telah mencecah sebanyak 1 bilion jumlah tontonan.Ia sekaligus telah menumpaskan jumlah tontonan video lagu Justin Bierber iaitu Baby yang hanya mencapai tontonan 827 juta sahaja. "Saya tidak sangka lagu itu menjadi begitu hit. Sebelum ini saya agak terkejut apabila ia mencecah 1 juta tontonan, tetapi apabila ia menjadi 1 bilion, tiada kata-kata yang boleh saya cakapkan," katanya kepada Reuters.Demam lagu Gangnam Style sudah pun reda namun peminat-peminat lagu tersebut nampaknya masih lagi menonton klip video tersebut.Angka tersebut masih lagi meningkat dan masih mendapat tempat pertama di iTunes Top Music Videos.Sementara itu, kejayaan Gangnam Style sehingga menjadi fenomena membuatkan penyanyi dan komposer itu dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi.Gambar kondomonium yang baharu dibeli Psy bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta).Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi.Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu.