suria

'Don't Forget Allah' Dakwah Farid Sanullah

Farid Sanullah. Foto AZMAN GHANI
Farid Sanullah. Foto AZMAN GHANI
Farid Sanullah. Foto AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Penyanyi baru Farid Sanullah menyifatkan kesukarannya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia bukanlah penghalang untuk dia berdakwah menerusi muzik yang disampaikan di negara ini.

Farid yang merupakan anak kelahiran Malaysia tetapi menetap di Perth, Australia berkata, dia mahu berdakwah menerusi ‘single’ pertamanya iaitu Don't Forget Allah (jangan lupakan Allah) dan dia yakin lagu yang disampaikannya itu dapat menarik perhatian ramai terutamanya golongan muda.

"Benar, saya tidak fasih berbahasa Malaysia tetapi itu tidak menghalang saya untuk berdakwah kepada umat Islam di Malaysia. Mahu berdakwah di Perth, tetapi komuniti Islam di sana sangat kecil.

"Saya sangat memahami masalah golongan muda yang kadang kala lupa terhadap Allah kerana keseronokan dunia.

"Menerusi lagu ini, saya cuma menyampaikan pesanan supaya mereka sentiasa ingat kepada-Nya agar mereka tidak terus hanyut dengan godaan dunia," katanya.

Tambah Farid, 21, Don't Forget Allah juga mengingatkan umat manusia supaya bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah diterima selama ini.

Single Don't Forget Allah diterbitkan oleh Highest Heaven Records yang bertempat di Australia manakala Sheikh Qalam Records Sdn Bhd sebagai ejen bagi pasaran seluruh Asia.

Sementara itu, Farid dia sudah pun menghasilkan klip video lagu berkenaan yang turut dilakonkan bersama pelakon Fauziah Nawi.

"Alhamdulillah, klip video yang telah dimuat naik menerusi laman YouTube itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan iaitu hampir 20,000 tontonan dalam masa sebulan.

"Dalam pada itu, beberapa rangka promosi akan dilakukan pada tahun ini di beberapa lokasi tertentu.

"Kalau boleh saya mahu mengembangkan karier seni di tanah kelahiran saya sendiri dan pada masa sama menyebarkan dakwah ini ke seluruh negara, Insya-Allah," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain