suria

Afique Hussain Berubah Kerana Sarah

Afique menyasarkan untuk berlakon dalam 20 buah telefilem dan drama bersiri pda tahun ini.
Afique menyasarkan untuk berlakon dalam 20 buah telefilem dan drama bersiri pda tahun ini.
Afique menyasarkan untuk berlakon dalam 20 buah telefilem dan drama bersiri pda tahun ini.

PETALING JAYA: Pelakon Afique Hussain memberitahu tidak kisah apabila disuruh untuk memakai rambut palsu bagi menjayakan wataknya dalam drama bersiri Kerana Sarah untuk slot Azalea di TV3.

Afique sebaliknya berkata, dia berasa amat berbangga dan bertuah apabila terpilih untuk berlakon dalam drama berkenaan dan berharap ia akan memberikan impak yang baik kepada kerjaya lakonannya.

"Memakai rambut palsu langsung tidak menjadi masalah kepada saya kerana kepala saya memang botak dan demi menjayakan watak tersebut saya tidak kisah.

"Tambahan pula ini adalah drama kedua saya untuk siaran TV3 selepas Seindah Sakura dan mahu lakonan saya itu nanti dapat memberikan impak kepada penonton," jelasnya kepada mStar Online.

Selain Afique, drama tersebut turut dijayakan oleh Rita Rudaini, Lisdawati, Zarina Zainuddin dan Ako Mustapha.

Dalam pada itu, Afique berkata, dia teruja dengan drama bersiri tersebut kerana dia diberi peluang memegang watak kedua paling penting dan menganggap ia adalah detik penting dalam kerjaya lakonannya.

Afique berkata, peluang berlakon disamping nama-nama besar seperti Rita dan Lisdawati banyak mengajarnya untuk menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar tanggungjawab memegang watak Murad itu sangat besar dan perlu melakukannya dengan baik supaya ia dapat memberikan kesan kepada penonton dan itu adalah cabaran buat masa ini," ujarnya.

Sementara itu, Afique berkata, tahun ini dia menyasarkan untuk terlibat dalam 20 telefilem dan drama bersiri dan berharap angka itu dapat dicapai.

Kata Afique, dia perlu membuat sasaran itu supaya sentiasa fokus dan dapat membawa karier lakonannya ke tahap yang lebih tinggi.

"Tahun lalu saya berlakon dalam 15 buah drama dan ia satu angka yang agak besar memandangkan nama saya masih lagi belum begitu menyinar berbanding pelakon baru yang lain.

"Namun itu bukan alasan untuk saya terus mengejar impian dan sasaran itu adalah sebagai satu cabaran buat diri sendiri," jelasnya.

Selain Kerana Sarah, Afique kini sedang sibuk di lokasi drama Mencintaimu dan Wasiat Rendaini untuk siaran RTM.

Artikel Sebelum

Artikel Lain