Raja Nor BaizuraKUALA LUMPUR: Pelakon era 80-an Raja Nor Baizura mendedahkan dia bersyukur kerana tidak berasa sunyi dan janggal dengan status janda yang digalasnya sejak 25 tahun lalu.Pemilik nama sebenar Raja Nor Baizura Raja Shahar itu berkata, perihal berkenaan tidak mengganggu fikirannya kerana dia selesa menjalani kehidupan solo di samping anak lelakinya, Syed Mukhriz Shah Datuk Syed Norulzaman, 30. “Tiada apa yang hendak disunyikan kerana saya selesa dengan begini (ibu tunggal).“Kalau ada pasangan, mungkin susah juga. Apabila seorang diri, lebih mudah bekerja dan bergerak ke merata tempat,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini, baru-baru ini.Ditanya tidakkah dia terfikir untuk berkahwin semula, Raja Nor Baizura berkata, perkara itu tidak menjadi keutamaannya selepas bercerai pada sekitar 1988.“Mungkin tiada jodoh untuk saya tetapi saya tidak fobia atau serik pada perkahwinan.“Sekarang, saya senang dengan kehidupan begini di mana hanya ada saya dan anak sahaja,” katanya yang pernah memenangi trofi Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-8 menerusi filem Oh Fatimah (1989).Mengenai perkembangan kerjaya lakonan, aktres berpengalaman selama 35 tahun ini berkata, dia bertuah kerana masih mendapat kepercayaan segelintir besar penggiat seni tanah air.“Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran lakonan yang konsisten.“Walaupun kebanyakan produksi pada hari ini dikendalikan orang-orang baharu dan bukan daripada generasi saya, peluang itu tetap ada,” katanya.Selain drama KL Drift The Series yang kini ditayangkan di RTM, Raja Nor Baizura juga bakal muncul dengan filem berjudul Kil pada tahun ini di samping Redza Minhat dan Cristina Suzanne.