suria

Bradley Cooper Anggap Idea Gila Ditawarkan Watak Lance Armstrong

Bradley Cooper sangkal dia bakal memainkan watak pelumba basikal terkenal, Lance Armstrong dalam filem biografi bintang sukan yang mengalami zaman kejatuhan itu.

AKTOR Bradley Cooper menyifatkan desas-desus dia bakal menggalas watak pelumba basikal tersohor Lance Armstrong sebagai idea yang gila.

Sebelum ini pengarah J.J Abrams pernah mengakui dia sudah melamar aktor itu untuk watak berkenaan bagi filem biografi pelumba tersebut.

“Tidak... Oh Tuhan, ini adalah gila dan mengarut. Saya berada di Manchester untuk sesi temu ramah untuk program pagi di Perbadanan Penyiaran British (BBC). Saya tidak pasti (pengacara) apa yang diperkatakannya.

“Saya langsung tidak tahu menahu bahawa J.J memperoleh hak (menerbitkan filem), saya tidak pasti,” katanya.

Khabar angin itu bermula apabila Abrams mengumumkan dia sudah menghantar e-mel kepada Cooper berkenaan tawaran watak untuk filem berjudul Bad Robot ekoran pengakuan aktor itu yang berminat untuk memainkan watak yang memukau.

Filem itu akan diadaptasi daripada novel berjudul Cycle of Lies: The Fall of Lance Armstrong tulisan wartawan New York Times, Juliet Macur.

Sebelum ini, Cooper pernah mengeluarkan kenyataan ketika ditemu bual BBC: “Saya berminat (memainkan watak Lance Armstrong). Dia memiliki karakter yang menawan.

“Saya teringat bahawa Matt Damon (pelakon) pernah merancang untuk membuat filem biografinya satu ketika dulu.

“Saya fikir ia adalah satu watak yang hebat. Saya berminat untuk memainkannya,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain