suria

Ana Syuhada Enggan Heboh Bercinta Dengan Anas Ridzuan

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu Ana Syuhada (gambar) enggan menghebohkan percintaannya dengan penyanyi Anas Ridzuan yang juga lahir daripada rancangan Mentor 6 kerana tidak pasti kesudahan hubungan itu.

Ana Syuhada Noor Asram, 22, berkata, dia mengambil pendekatan itu memandangkan hubungan mereka baharu terjalin sejak kira-kira enam bulan lalu.

"Saya dan Anas memang okey buat masa ini. Kami berkawan macam biasa tetapi saya tidak mahu kecoh-kecoh.

"Yang mana sudah tahu tak apalah tetapi bagi yang tidak, rasanya tidak perlu untuk uar-uarkan pula.

"Kita taka tahu apa kesudahan hubungan ini nanti sebab masih terlalu baharu," jawabnya ketika ditemui mStar Online di sini, petang Selasa.

Ana hadir pada majlis pelancaran album mentornya iaitu Ramlah Ram dengan ditemani Anas.

Ditanya reaksinya berhubung dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan Anas sebelum ini, Ana berkata, soal hati dan perasaan adalah ketentuan Tuhan.

"Memang ramai yang bertanyakan kepada saya kesahihan cerita itu (perampas kekasih) tetapi saya ambil pendekatan mudah.

"Senang cakap soal jodoh dan perasaan adalah ketentuan Tuhan. Ia bukan sesuatu yang kita rancang. Daripada persahabatan, kami semakin serasi bersama," katanya.

Mengenai kerjaya, Ana bakal mempertaruhkan lagu terbaharu berjudul Ada Cerita ciptaan Ajai dalam masa terdekat.

"Lagu Ada Cerita bakal jadi lagu kedua selepas lagu duet saya bersama kak Ramlah (Ram) iaitu Takdir Cinta.

"Saya bersyukur dengan peluang berduet dengan Kak Ramlah kerana dapat juga tumpang popularitinya untuk saya bertapak dalam industri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain