Ahmad DhaniJAKARTA: Penyanyi dan penerbit muzik Ahmad Dhani mengambil sikap neutral berhubung desas-desus kononnya dia mempunyai ramai isteri.Ketika diajukan kesahihan dakwaan itu, Dhani tidak menolak atau mengiakan perkara itu dan berkata kesemua isterinya adalah sah. “Kalau ditanya sudah berapa kali berkahwin, ya sudah berkali-kali. Kalau nikah, ya sudah nikah berkali-kali,” katanya seperti dipetik portal Kapanlagi.com pada Khamis.Ketika ditanya dengan lebih lanjut, Dhani bagaimanapun berkata, ada kalanya perkara yang benar (perkahwinan) tidak perlu diberitahu kepada umum demi kebaikan privasi pihak-pihak tertentu (isteri).“(Berita) yang benar tidak perlu diuar-uarkan. Nabi Daud mempunyai 100 isteri, tidak semua orang tahu siapa isteri-isteri baginda,” katanya.Mengenai pengalamannya mempunyai ramai isteri, Dhani berkata: “Sangat membahagiakan (kehidupan). Rahsianya kahwinlah berkali-kali.”