Charlize ketika tampil di karpet merah Anugerah Oskar. PELAKON Charlize Theron mengakui selesa dengan imej botak yang dibawanya dan menyarankan agar wanita lain mencuba gaya berkenaan.Theron berkata, imej tersebut membuatkannya rasa lebih bebas dan berkuasa sebagai seorang wanita. "Ia adalah perkara paling bebas yang pernah saya lakukan. Saya rasa setiap wanita perlu membotakkan kepala mereka," katanya kepada contactmusic.com.Theron membotakkan kepalanya bersempena dengan peranannya dalam filem terbaharunya "Mad Max: Fury Road" yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.