suria

Janet Jackson Mengaku Kahwini Jutawan Arab

Janet dan suaminya, Wissam Al Mana.
Janet dan suaminya, Wissam Al Mana.
Janet dan suaminya, Wissam Al Mana.

PENYANYI Janet Jackson mendedahkan telah berkahwin dengan seorang jutawan Arab, Wissam Al Mana yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

The Sun melaporkan, Janet memberitahu dia dan Wissam telah berkahwin pada penghujung tahun lalu dan laporan mengenai dia akan mengadakan perkahwinan secara mewah adalah tidak benar.

"Khabar angin mengenai majlis resepsi mewah itu adalah tidak benar kerana kami berkahwin dalam suasana yang kecil tetapi indah," jelasnya.

Ditanya mengenai hadiah perkahwinan, Janet berkata mereka bersepakat untuk membuat sumbangan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.

Janet sebelum ini pernah berkahwin dengan James DeBarge pada tahun 1984 sebelum bercerai dan berkahwin dengan Rene Elizondo pada 1991 dan berpisah pada tahun 2000.

Penyanyi lagu Again ini juga pernah bercinta dengan komposer terkenal, Jermaine Dupri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain