suria

Sertai Uji Bakat 'Kisah Chenta Cornetto' Pada Ahad

Yasmin Hani
Yasmin Hani
Yasmin Hani

PETALING JAYA: Golongan remaja yang berhasrat menjadi pelakon dijemput menghadiri uji bakat bagi menyertai drama bersiri Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara yang bakal disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104).

Ia akan diadakan di Berjaya Times Square dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Ahad.

Pengurus Jenama Kanan, Ais Krim Wall’s, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Shawn Tan berkata, ia merupakan tahun kedua rancangan berkenan disiarkan dan kali ini pihaknya memilih tema K-Pop.

“Menerusi uji bakat ini kami mencari mereka yang berkebolehan dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan untuk musim kedua rancangan ini. Ia merupakan satu platform kepada mereka yang benar-benar ingin bergelar artis menunjukkan kehebatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Kata Shawn, Cornetto meneruskan projek ini ke musim kedua susulan uji bakat pada tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia.

Tambahnya, menerusi uji bakat itu peserta akan diminta melakukan monolog bebas selama 30 saat serta menari tidak lebih 30 saat dengan membawa cekera padat sendiri.

Antara juri yang terlibat untuk mengadili peserta uji bakat adalah pelakon Tony Eusoff, Yasmin Hani, penari Alam dan penyampai radio Shac.

Artikel Sebelum

Artikel Lain