suria

Kelly Rowland Bakal Lancar Fesyen Mampu Milik

Kelly bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri.
Kelly bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri.
Kelly bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri.

LOS ANGELES: Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Destiny's Child iaitu Kelly Rowland bakal melancarkan rangkaian jenama pakaian mampu milik termasuk kasut dan aksesori untuk wanita.

Kelly tampil dengan idea itu selepas mahu melihat wanita tampil dengan gaya terkini tanpa perlu bimbang dengan kos yang tinggi.

"Saya sedang berusaha untuk menjadikan impian tersebut sebagai kenyataan dan ia sudah semestinya mampu dimiliki oleh semua wanita di luar sana," jelasnya ketika bercakap kepada majalah Female First.

Tambah Kelly, dia kini sedang rancak melakar pelbagai rekaan untuk jenamanya itu dan memberitahu koleksi itu nanti bercirikan mewah namun pada harga rendah.

"Saya mahu semua wanita rasa berkeyakinan dan mewah dengan koleksi ini dan saya sedang berusaha mencipta sesuatu yang luar biasa untuk mereka," jelasnya.

Artikel Lain