suria

Zed Zaidi Buat Laporan Polis, Terima Ugutan Pembantu Rumah

Zed Zaidi
Zed Zaidi
Zed Zaidi

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi membuat laporan polis pada Khamis selepas merasakan tertipu dan diugut oleh pembantu rumahnya, seorang warga Filipina.

Menurut Sinar Harian pada Jumaat, Zed, atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata pembantu rumah tersebut bertindak melarikan diri selepas mengugut ibu mertuanya dengan memberitahu bahawa dia berasal dari Sulu.

"Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya juga orang Sulu, Adakah puan tidak takut dengan saya? Itulah ugutan yang dibuat kepada ibu mertua saya pada malam Rabu lalu sebelum dia melarikan diri," katanya.

Zed yang juga Presiden Seniman turut kecewa serta berasa tertipu setelah berhabis ribuan ringgit untuk perbelanjaan prosedur menerima pembantu rumah warga asing berusia 26 tahun itu.

Jelas Zed, dia mula curiga dengan identiti pembantu rumahnya apabila sering menyebut nama Tuhan lain biarpun pada dokumen perjalanannya dia mendakwa beragama Islam.

"Ketika mula-mula diperkenalkan, dia beritahu namanya Fatimah dan boleh membaca Al-Fatihah. Tapi apabila dia mula bekerja dia beritahu namanya lain dan jika sesuatu berlaku dia sering menyebut Jesus dan minta cuti pada hari Ahad dengan alasan untuk bersembahyang.

"Namun saya tidak pasti adakah benar dia orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas konflik Lahat Datu yang berlaku sekarang," ujarnya.

Artikel Lain