David menyepi selama 10 tahun daripada dunia nyanyian selepas diserang penyakit jantung. SELEPAS 10 tahun menyepikan diri daripada dunia hiburan ekoran serangan jantung, penyanyi David Bowie kembali dengan album terbaharu berjudul The Next Day yang bakal dilancarkan pada Isnin depan.Penyanyi rock berusia 66 tahun itu telah menghabiskan masa selama dua tahun merakamkan album tersebut di New York, Amerika Syarikat tanpa pengetahuan peminatnya. Diterbitkan oleh penerbit terkenal, Tony Visconti, kemunculan album yang ditunggu-tunggu itu mendapat reaksi yang baik.Bowie turut memberitahu akan melancarkan album itu di iTunes secara percuma untuk masa terhad khas buat peminatnya.Peminat bertambah teruja apabila Bowie turut melancarkan sebuah pameran mengenai kehidupan dan kariernya di Muzium Victoria dan Albert, London.Tiket bagi pameran itu dilaporkan telah terjual sebanyak 25,000 keping.