Haslin Baharin (kiri) dan Syed Abdull Kadir Al Joofre semasa pelancaran album mereka.KUALA LUMPUR: Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood berjaya merakamkan album pertamanya yang mengandungi 19 buah lagu hanya dalam masa separuh hari.Haslin, 44, berkata, kelebihan itu terjadi selepas dia melakukan solat hajat yang secara seterusnya memudahkan proses rakaman album Zikir Zindagi itu. "Bukan saya nak riak atau pun meninggi diri tetapi sekadar berkongsi pengalaman mengenai kelebihan yang Allah berikan itu telah melancarkan proses rakaman album saya. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 5 petang."Alhamdulillahlah semuanya berjalan lancar dan saya berharap zikir yang ditampilkan dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah," katanya.Haslin ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt di sini pada Rabu.Dalam pada itu, Haslin berkata, beliau pada mulanya enggan merakamkan album tersebut kerana malu dan tidak yakin dapat menyanyi dengan baik.Namun apabila memikirkan tujuan asal penerbitan album adalah untuk berdakwah, beliau mengubah fikiran."Album ini menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar. Di samping itu ia dapat mendekatkan pendengar kepada Allah," jelasnya.Menurut Haslin, album tersebut mengalunkan zikir dan doa menggunakan lenggok seakan-akan lagu hindustan.Penyanyi nasyid lulusan Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan ini turut menyelitkan bahasa Urdu dalam album tersebut."Zikir Munajat, doa dan bacaan ayat suci al-Quran bakal membawa perbezaan ketara kerana ia dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi Hindustan selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan," jelasnya.Sementara itu, pendakwah Syed Abdull Kadir Al Joofre pula memilih memuatkan himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad menerusi album Ratib Al Hadad."Istimewanya mengenai album ini zikir yang diperdengarkan mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis yang kemudiannya disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah," katanya.Kedua-dua album tersebut edaran Unicdotmy Pro Sdn Bhd dan telah pun berada di pasaran.