Pendirian Fazura yang enggan beraksi mesra dengan pelakon lelaki membuatkan ada segelintir pihak yang salah faham dengannya. Foto BRIAN MOH PETALING JAYA: Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali. "Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki."Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran 'Raikan Cinta' anjuran TV3 di e@Curve, di sini, Selasa.Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April depan di saluran berkenaan.Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain."Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," ujarnya.Menerusi drama Kisah Cinta terbitan BZ2121 Production, Fazura mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam di mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya.Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri.Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Kuza, Arash Mohd, Nazim othman dan Fazlina Ahmad Daud.