Lady Gaga kini berkerusi roda sejak menjalani pembedahan di sebelah kanan punggung pada 20 Februari lalu.PENYANYI Lady Gaga baru sahaja meraikan hari ulang tahun yang ke -27 pada Khamis lalu dan buat pertama kalinya sambutan hari lahirnya itu disambut tanpa alkohol.Menurut laporan portal The Sun, sebaliknya dia menggantikan segala jenis minuman alkohol kepada pelbagai jenis teh buat tetamu-tetamu yang hadir. "Memandangkan Gaga masih lagi dalam rawatan pemulihan selepas pembedahan di punggung sebelum ini, dia perlu mengikut nasihat doktor untuk tidak meminum sedikit pon alkohol jika mahu pulih sepenuhnya."Sehingga kini dia masih lagi mengambil ubat tahan sakit setiap hari," kata sumber.Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta telah menjalani pembedahan di sebelah kanan punggung pada 20 Februari lalu dan terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda.Difahamkan kerusi roda keksih Taylor Kinney itu diperbuat daripada emas 24 karat.