Angelina JolieSEBAGAI duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Angelina Jolie berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah khas wanita di Afghanistan.Menurut laporan portal E!Online, Jolie akan melelong beberapa aksesori miliknya untuk merealisasikan pembangunan sekolah yang bertempat di kota Kabul itu. "Saya harap ada yang meletakkan harga yang berpatutan kerana ia demi kanak-kanak wanita di sana (Kabul). Ia juga merupakan perhiasan yang sangat unik dan artistik," katanya.Tambah Jolie, dia juga akan membangunkan lebih banyak sekolah-sekolah di negara tersebut.Sekolah yang bakal dibangunkan itu akan disertai seramai 200-300 pelajar wanita.Pembangunan sekolah khas wanita itu adalah untuk memecahkan diskriminasi pendidikan terhadap kaum itu.Sehingga kini, masyarakat Kabul masih mempunyai fahaman tradisional bahawa hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bersekolah.