Khloe KardashianNAMPAKNYA tugas Khloe Kardashian sebagai hos rancangan The X Factor sudah berakhir apabila dia dipecat tanpa sebarang alasan.Menurut laporan portal Contactmusic, Khloe tidak diminta hadir untuk episod seterusnya dan sebagai ganti, aktor Mario Lopez menggantikan tempat bintang Keeping Up With The Kardashians itu. Pihak produksi The X Factor tidak menyatakan secara jelas berhubung isu kontrak Kloe, namun mengakui mereka senang bekerjasama dengan wanita itu."Semua orang yang ada dalam rancangan ini mempunyai hubungan baik dengan Kloe dan mereka cukup senang bekerjasama dengannya," kata Mario.Mario sendiri bukanlah orang baru dalam X Factor. Dia pernah menjadi hos rancangan itu di musim pertama dan kini kembali untuk musim ketiga.