Bruno hidup dalam keadaan kemiskinan ketika kecil. PENYANYI lagu When I Was Your Man iaitu Bruno Mars mendedahkan kehidupan zaman kanak-kananya sangat suram kerana hidup dalam kemiskinan.Bruno berkata, semasa kecil keluarganya tidak mampu membeli apa-apa dan membesar dalam keadaan serba kekurangan. Atas alasan itu juga, Bruno memberitahu dia tidak akan mensia-siakan kejayaan yang diraihnya pada hari ini dan akan menghargai setiap saat manis dalam hidupnya."Saya tidak akan menukar dengan apa-apa kerana saya sangat bersyukur dan menikmati kejayaan yang dimiliki sekarang," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.