suria

Artis Veteran Bantu Kempen Di Melaka

Zaiton Sameon
Zaiton Sameon
Zaiton Sameon

MELAKA: Tiga penyanyi veteran turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dengan menghiburkan orang ramai pada majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bukit Katil, di sini pada Selasa.

Zaiton Sameon, penyanyi terkenal era 90-an berkata sebagai rakyat Malaysia dia berasa terpanggil untuk berkempen bagi BN yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang banyak membangunkan negara.

"Saya melihat negeri kelahiran bapa saya ini (Melaka) begitu maju dibangunkan oleh BN. Saya akan terus memberi sokongan dan membantu BN dalam berkempen," katanya kepada pemberita.

Penyanyi lagu-lagu Asli, Aspalela Abdullah pula berkata dia berkempen untuk BN kerana mahu membalas jasa parti itu yang membela nasib rakyat termasuk golongan artis.

"Saya berkempen (untuk BN) sejak tahun 70-an di serata Malaysia untuk menyatakan sokongan. Walaupun sekarang ini dah uzur tetapi semangat untuk berjuang dan bantu BN tetap ada kerana kita tahu BN memang banyak berjasa pada negara dan tidak meminggirkan artis," katanya.

Bagi Hayati Tasrip, beliau berharap usaha artis veteran berkempen sedikit sebanyak mampu membantu BN mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke 13 (PRU-13) kali ini.

"Saya mahu membantu memberi motivasi kepada masyarakat bahawa tidak perlu menukar kerajaan sedia ada kerana mereka (kerajaan BN) sudah banyak membantu rakyat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain