suria

'Baik Punya' Bantu Artis Tempatan Tembusi Pasaran Indonesia

Antara mereka yang terlibat dalam pembikinan album 'Baik Punye'.
Antara mereka yang terlibat dalam pembikinan album 'Baik Punye'.
Antara mereka yang terlibat dalam pembikinan album 'Baik Punye'.

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempromosikan lagu-lagu tempatan ke pasaran muzik Indonesia, syarikat Indigital Sdn Bhd membuat kerjasama dengan Tropic Jaya bagi menerbitkan album kompilasi Baik Punya.

Pengarah urusan Indigital, Mohd Pauzi Abd Samad berkata, kerjasama itu adalah salah satu cara terbaharu dalam memperkenalkan lagu-lagu tempatan ke negara seberang. "Industri muzik Indonesia sering dianggap tidak mengalu-alukan muzik Malaysia menembusi pasaran negara itu.

"Jadi pihak kami mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak Tropic Jaya mempromosikan lagu-lagu dalam album kompilasi ini," katanya pada pelancaran album Baik Punya di kafe Hard Rock di sini, Selasa.

Album kompilasi ini mengandungi sebanyak 14 lagu-lagu menampilkan penyanyi yang antaranya seperti Sheila Abdul (Gadis Yang Dulu ), Bunkface ( Falling In Love ), Yubi ( Tentang Kamu ), Hyper Act ( Harapan ), Drama Band ( Cerita ) dan Aizat Amdan ( Jerrypah ).

Tambah Pauzi, lagu-lagu pada album tersebut juga merupakan lagu-lagu hit di radio serta mempunyai permintaan muat turun tertinggi.

Sementara itu, pengarah urusan Tropic Jaya, Suminto pula berkata, pihaknya akan membawa masuk lagu-lagu dalam album Baik Punya ke pasaran muzik Indonesia menerusi promosi di radio dan televisyen negara itu.

"Pihak kami akan memilih satu atau dua buah lagu dahulu untuk dimasukkan slot dalam radio terutamanya.

"Jadi dapatlah para pendengar Indonesia serta komposer- komposernya mendengar sendiri kehebatan muzik penyanyi Malaysia," ujarnya.

Album Baik Punya dijual dengan harga RM21.90 dan boleh didapati di kedai-kedai muzik berhampiran.

Artikel Lain