suria

ALBUM BARU: Transisi Justin Timberlake Dalam 20/20

The 20/20 Experience.
The 20/20 Experience.
The 20/20 Experience.

PENANTIAN para peminat penyanyi Justin Timberlake akhirnya terbayar apabila dia muncul dengan album terbaharu berjudul The 20/20 Experience yang memperlihatkan transisi pemuzik berusia 31 tahun itu.

Justin menerusi album tersebut lebih matang daripada dua album solonya sebelum ini daripada segi muzik namun masih mengekalkan lirik-lirik yang dekat dengan kehidupan peribadinya.

Walaupun masih mengekalkan penerbit seperti Timbaland, Jerome "J-Roc" dan Rob Knox untuk album tersebut, mereka berjaya memberikan bunyi yang berbeza kepada Justin yang sebelum ini lebih selesa dengan genre pop.

Elemen muzik retro juga disulam dengan baik bersama genre lain-lain yang menjadikan ia lebih istimewa dan matang sesuai dengan perjalanan karier muziknya.

Album bekas penyanyi kumpulan N'Sync ini bukan sahaja melangkaui jangkaan peminat muzik tetapi ia juga telah mencipta rekod apabila terjual hampir sejuta unit pada minggu pertama ia dipasarkan.

Bagaimanapun, durasi lagu yang terlalu panjang sehingga lapan minit dalam trek seperti Pusher Love Girl, Don't Hold The Wall, Blue Ocean Floor, That Girl dan Mirrors sedikit membosankan.

Bagaimanapun kesemua lagu dalam album tersebut berpotensi untuk dikeluarkan sebagai single dan akan mendapat perhatian daripada pendengar.

Artikel Berikut

Artikel Lain