suria

Dira Tidak Akan Mengacara Program Hiburan

Dira Abu Zahar mahu mencuba mengacarakan program berbentuk travelog.
Dira Abu Zahar mahu mencuba mengacarakan program berbentuk travelog.
Dira Abu Zahar mahu mencuba mengacarakan program berbentuk travelog.

SUBANG JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar tidak akan mengacarakan sebarang program berbentuk hiburan selepas Melodi.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 29, berkata, dia akan meneruskan minat dalam bidang pengacaraan namun lebih memilih program berbentuk travelog.

"Saya minat bidang pengacaraan namun saya tidak mahu berbentuk hiburan kerana saya masih lagi dalam industri dan saya juga bukan jenis yang suka ambil tahu hal artis lain.

"Oleh itu saya lebih memilih pada program berbentuk travelog yang mana saya rasa lebih dekat dengan diri saya," ujarnya.

Tambah Dira, dia tidak mahu melakukan sesuatu perkara yang tidak mengembirakan dirinya.

"Konsep hiburan tidak sesuai dengan jiwa saya dan saya tidak gembira melakukannya," katanya.

Dira berkata, dia akan ke Sabah bagi mengacarakan sebuah program berbentuk majalah untuk sebuah stesen televisyen tempatan.

Dalam pada itu, Dira berkata dia tidak pernah berhenti daripada berlakon selepas kontroversi yang melanda dirinya dua tahun lalu.

"Sejak kontroversi itu saya tidak berhenti, saya masih berlakon cuma ketika itu tiada produk yang keluar untuk tahun lepas.

"Tahun ini baru produk-produk saya keluar satu persatu, alhamdulillah rezeki makin banyak yang datang," katanya.

Sementara itu, bagi filem Lari, Dira yang bergandingan dengan pelakon Aaron Aziz menganggap cabaran utama adalah terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam tempoh yang panjang.

"Penggambaran dilakukan di Perlis selama sebulan dan saya tidak dapat bawa anak saya kerana dia sudah bersekolah, jadi saya terpaksa berjauhan.

"Namun ada kesempatan saya akan balik ke Kuala Lumpur untuk melepaskan rindu, selama ini kami tidak pernah berjauhan kerana penggambaran biasanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja," ujarnya.

Filem Lari yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini bakal ditayangkan dipawagam seluruh negara bermula 6 Jun depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan