Shakira mahu meluangkan lebih banyak masa dengan anaknya, Milan. PENYANYI Shakira telah membuat keputusan untuk tidak kembali sebagai juri program The Voice pada musim terbaharu kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarga dan anaknya.Shakira yang sedang bercinta dengan Gerard Pique melahirkan bayi sulungnya, Milan pada Januari lalu menganggap penglibatannya dalam program The Voice telah mengurangkan masa bersama anaknya itu. "Saya tidak dapat kembali pada musim hadapan kerana ingin menjadi ibu sepenuh masa kepada Milan selain ingin menyiapkan album terbaharu yang tertangguh," jelasnya kepada majalah Us.