suria

Raja Ilya Gembira Dikecam Peminat

Raja Ilya gembira dikecam peminat kerana wataknya dalam drama bersiri Dahlia.
Raja Ilya gembira dikecam peminat kerana wataknya dalam drama bersiri Dahlia.
Raja Ilya gembira dikecam peminat kerana wataknya dalam drama bersiri Dahlia.

PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya mengakui dikutuk dan dikecam oleh para peminatnya menerusi laman Twitter dan Facebook gara-gara watak Haliza yang dibawanya menerusi drama bersiri Dahlia.

Raja Ilya, 28, bagaimanapun berkata, dia gembira dengan respon tersebut kerana ia petanda watak antagonis yang dibawanya menerusi drama itu berjaya memberi kesan kepada penonton.

"Saya gembira dengan kecaman dan kata-kata negatif yang diberikan peminat tentang watak Heliza kerana saya telah berjaya menzahirkan peranan itu dengan baik sehingga menimbulkan kebencian penonton.

"Asalkan mereka tidak mengutuk saya, saya tiada masalah kerana rata-rata menghentam watak yang saya bawa," jelasnya kepada mStar Online.

Drama arahan Pali Yahya itu turut dilakonkan oleh Dira Abu Zahar, Hans Isaac dan Faizal Hussien. Ia bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu, 10 malam di saluran Mustika HD Astro 134.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia sangat bersyukur bakat lakonannya semakin mendapat perhatian penonton dan penerbit yang telah mula memberikannya kepercayaan untuk membintangi drama terbitan mereka.

Malah katanya, dia cukup bersyukur apabila syarikat produksi Global Station telah menawarkannya watak utama dalam sebuah drama bersiri yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

"Apa yang boleh saya katakan segala yang berlaku sebelum ini ada hikmah dan kepercayaan diberikan oleh pihak penerbit tidak akan saya sia-siakan.

"Walaupun gementar kerana ini adalah watak utama pertama saya tetapi saya akan berikan terbaik bagi membalas kepercayaan diberikan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri bersama pelakon Ery Putra berjudul Dendam Terindah, Surat Cinta dan Epilog Cinta Khirana.

Artikel Sebelum

Artikel Lain