Amanda mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang cuba menahannya. PELAKON Amanda Bynes mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang menahannya baru-baru ini.Menurut laporan Contactmusic.com, Bynes, 27, ditahan di kediamannya di New York atas dakwaan memiliki dadah selain berkelakuan tidak senonoh. "Jangan percaya tentang laporan saya ditahan. Ia semuanya tidak benar. Saya telah menerima gangguan seksual daripada salah seorang anggota polis yang menahan saya pada malam sebelumnya," kata Bynes menerusi status Twitter miliknya."Dia (polis) menipu dan mereka-reka cerita walhal dia menyentuh bahagian sulit saya. Saya memanggil polis lain untuk mengadu perbuatannya. Tetapi dia menggari saya dan sebab itu saya melawan," katanya lagi.