Cindy masih kelihatan menawan walaupun usianya telah mencecah 47 tahun. SUPERMODEL terkenal, Cindy Crawford mengakui risau tentang berat badannya akan meningkat sejajar dengan peningkatan usianya.Cindy, 47, berkata, pada usianya kini penambahan berat badan adalah perkara biasa dan sebagai seorang selebriti dia perlu mengawal daripada perkara daripada terus tidak terkawal. "Saya adalah wanita biasa yang ada masanya saya gembira dan sedih dengan tubuh badan saya tetapi perkara itu dapat kadang kala merisaukan saya kerana bimbang ia tidak dapat dikawal," katanya kepada majalah The Edit.Bagaimanapun kata Cindy, dia bukanlah seorang yang terlalu obses untuk kelihatan langsing seperti zaman kegemilangannya dahulu dan akan tetap menikmati makanan kegemarannya."Saya tidak mahu ketinggalan untuk menikmati makanan kegemaran hanya semata-mata mahu kelihatan cantik tetapi ia perlu ada had," katanya.