suria

Ariel Noah Curi Masa Untuk Buat Aktiviti Amal

BIARPUN mempunyai jadual yang cukup padat bersama kumpulan Noah, vokalis kumpulan itu Ariel masih sempat melibatkan diri dengan aktiviti amal kebajikan.

Ariel bersama para aktivis pada Sabtu lalu menghadiri acara penanaman 10 ribu pokok di Kampung Garapan, Desa Tanjung Pasir, Banten, Indonesia.

Aktiviti amal itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Indonesia terhadap alam sekitar.

"Saya mahu mengajak rakan-rakan artis lain agar tidak lupa dengan tanggungjawab sosial terhadap negara dan masyarakat," ujarnya.

Bekas kekasih Luna Maya itu berkata dia sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

"Walau jadual saya padat saya tetap akan melibatkan diri jika mereka perlukan saya terutama hal-hal kenajikan dan kesedaran seperti ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain