Ainan TasneemPETALING JAYA: Penyanyi kelahiran YouTube, Ainan Tasneem mengakui agak keberatan untuk menyanyikan lagu dari ‘single’ keduanya 150 Juta selepas dia dituduh mencuri karya tersebut.Ainan, 21, berkata dia kecewa dengan tuduhan itu dan menganggap gosip tersebut hanyalah sekadar salah faham. "Ramai peminat salah faham dan anggap saya curi lagu itu daripada Fyn Jamal walhal kita ada perjanjian yang dibuat sebelum rakam lagu itu."Namun, saya bukan tidak mahu menyanyikan langsung lagu tersebut cuma jika penganjur tidak kisah tentang lagu, saya akan utamakan lagu-lagu ciptaan saya dahulu," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.Ainan berkata demikian ketika mengulas dakwaan apabila dia dikatakan tidak profesional kerana enggan menyanyikan lagu 150 Juta di setiap persembahannya.Tambah Ainan, pada awalnya lagu 150 Juta dirakam sebagai lagu pelengkap untuk dimuatkan dalam albumnya, namun atas kesilapan teknikal lagu tersebut dijadikan single keduanya selepas Aku Suka Dia."Saya kecewa sangat kerana ada kesilapan ketika menghantar lagu untuk single kedua di radio, namun tidak boleh ditarik balik kerana banyak permintaan."Sepatutnya lagu-lagu ciptaan saya sendiri yang dimainkan dahulu dan lagu itu pada asalnya hanya untuk dimuatkan dalam album sahaja," katanya.Bagaimanapun, jelas Ainan, dia bersyukur ramai yang meminati lagu tersebut.Sementara itu, Ainan berkata dia bakal melancarkan mini album pada Julai depan dan sudah selesai rakaman 10 buah lagu baru untuk album penuh yang akan dilancarkan tidak lama lagi.