Paris JacksonPARIS Jackson yang sebelum ini cuba membunuh diri pada minggu lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Menurut laporan portal Dailymail percubaan membunuh diri berpunca daripada macam-macam perkara. Salah satu sumber berkata Paris cukup tertekan apabila berada di sekolah dan kemurungannya itu juga disebabkan oleh kehilangan ayahnya Michael Jackson pada tahun 2009."Aku mahu hidup! Aku benar-benar mahu hidup! tetapi bukan hidup di sini. Aku harap ayah aku berada denganku," kata Paris kepada jururawat yang merawatnya.Sementara itu, gara-gara kes buli yang dilalui Paris di sekolah membuatkan pihak keluarga memutuskan untuk menyekolahkan gadis berusia 15 tahun itu di rumah.