suria

Astro Lancar Saluran 'Lifetime' Untuk Wanita

Naib Presiden Kanan, Program dan Pemasaran Asia pasifik A+E Networks, Michele Schofield (kiri) dan Agnes Rozario.
Naib Presiden Kanan, Program dan Pemasaran Asia pasifik A+E Networks, Michele Schofield (kiri) dan Agnes Rozario.
Naib Presiden Kanan, Program dan Pemasaran Asia pasifik A+E Networks, Michele Schofield (kiri) dan Agnes Rozario.

PETALING JAYA: Sebuah saluran yang popular untuk wanita di Amerika Syarikat iaitu Lifetime bakal dilancarkan ke seluruh Asia pada pukul 6 petang Jumaat menerusi Astro (saluran 709).

Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, pengenalan saluran baru hasil kerjasama pihak Astro dan A+E Networks ini dijangka mampu menarik perhatian penonton kerana sajian rancangan yang dijanjikan lebih menarik.

“Saluran ini menawarkan program berkualiti dan kontemporari, berani, bersemangat dan relevan selain pilihan karya-karya terbaik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Ujarnya, untuk pelancaran di rantau Aisa, Lifetime akan menyajikan beberapa rancangan seperti Liz & Dick, dibintangi Lindsay Lohan dan Grant Bowler, drama The Client List serta MasterChef Australia dan Dance Moms.

Dalam pada itu walaupun Lifetime memberi fokus untuk wanita namun senarai program berunsur hiburan yang ditampilkan dijangka dapat mempengaruhi minat penonton lelaki.

“Bagi mempromosikan saluran ini, tidak dilupakan penglibatan selebriti tempatan seperti Yuna, Chef Kamarul, pengasas Nuffnang, Timothy Tiah dan bekas finalis Miss Malaysia World, N. Jacyrina.

Saluran baharu yang diperkenalkan sejak 14 Jun lalu ini boleh didapati menerusi pakej Variety.

Artikel Lain