PENYANYI Beyonce akan melancarkan wangian terbaru Mrs Carter sempena konsert jelajah dunianya.
Wangian ini diambil daripada bahan dan tumbuh-tumbuhan eksotik seperti orked, manggis, cendana dan Indian Jasmin.
Seperti dipetik daripada Fragrabtica.com aroma diambil daripada tanaman akar wangi yang tumbuh di Indonesia.
Isteri kepada penyanyi Jay Z ini memilih warna biru bagi botol tersebut.
Benyonce mahu bau wangian tersebut mampu memberi lambang kekuatan dan keberanian kepada wanita.
"Saya mahu memberi semangat kepada peminat-peminat saya dengan sesuatu yang intimewa.
"Maka saya ciptakan aroma yang mampu memberi kekuatan, semangat dan kecerian kepada peminat," katanya.