Redzwani Putri dan Shahrizal JaszlePETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri, 25, menyerahkan segala-galanya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan pasangan khalwatnya dalam program Melodi, Ahad lalu.Redzwani, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. "Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Selasa.Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkapMalah wanita itu berkata, Shahrizal, 25, yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.Dia turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan."Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.