suria

Empat Finalis Mara 'Raja Lawak 7' Akhir

Kumpulan Bora
Kumpulan Bora
Kumpulan Bora

KUALA LUMPUR: Pertandingan akhir Raja Lawak menyaksikan empat finalis bakal berentap pada pentas akhir musim ketujuh yang bakal berlangsung pada 28 Jun ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Keputusan itu diumumkan pada gelanggang separuh akhir (minggu kesebelas) yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Jumaat.

Empat peserta yang terpilih pada minggu separuh akhir adalah kumpulan Bora, Sakan, Wala dan Gamat.

Manakala kumpulan Okay diumumkan tersingkir pada persaingan sengit itu.

Ketua Saluran Premium Astro Nizam Sani, berkata persaingan empat finalis itu dijangka akan menyuntik kemeriahan dan variasi pada pentas akhir berdasarkan latar belakang dan stail komedi mereka yang berlainan antara satu sama lain.

"Perbezaan latar belakang dan komedi mereka akan menjanjikan pertandingan akhir yang meriah dan berwarna-warni," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung program itu, di sini.

Para peserta dikehendaki melakukan dua tugasan yang bertemakan 'Sebelum dan Selepas' dan 'Kisah Dongeng'.

Sementara itu, Kumpulan Sakan mengakui tidak menyangka dapat bertahan sehingga ke peringkat akhir.

Kumpulan dari Perlis itu disertai oleh Husni Ashaf Hassan, 33, Mohd Shaiful Nizam, 34 dan Ku Ismafaizul Ku Ismail, 33.

"Kami bersyukur kerana ada juga penonton yang memandang bakat kami dan sukar hendak percaya dapat bertahan sejauh ini dan kami bersyukur atas peluang ini," kata Husni yang menyifatkan semua peserta sebagai saingan terkuat pada malam akhir nanti.

Malam kemuncak RL7 dijangka berlangsung selama dua jam di mana setiap finalis akan diberikan dua tugasan termasuk tema muzikal.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Halil.

RL7 pada minggu ini diterajui pasangan pengacara Tokei dan Yus daripada kumpulan Jambu dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (134).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan