Filem Rock OO turut ditayangkan percumaPETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan menganjurkan tayangan filem percuma melalui Program Tayangan Filem bermula 5 hingga 7 Julai depan di Dataran Karyawan Finas, dekat sini.Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Dalnish Shah berkata, penayangan secara percuma ini merupakan salah satu platform terbaik mempromosikan filem-filem tempatan. "Melalui tayangan yang dibuat sepanjang KL Festival ini kita juga menggalakkan pelancong untuk mengetahui filem negara ini,"Selain itu kita memberi pendedahan kepada masyarakat yang tidak mengetahu perkembangan filem tempatan untuk menonton secara percuma," katanya melalui satu kenyataan media, di sini, Sabtu.Antara filem yang akan disiarkan adalah Dua Kalimah (Metrowealth), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Tayangan Unggul) dan Rock OO (Grand Brilliant)."Filem yang dipilih kali ini merupakan filem terkini dan mendapat sambutan semasa ditayangkan di pawagam tempatan."Saya berharap agar orang ramai dapat hadir untuk menonton filem ini dalam suasana yang berbeza"ujarnya.Program ini merupakan salah satu pengisian bagi menyemarakkan penganjuran Festival Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai 2013 ini.Penonton yang hadir ke tayangan filem dapat beramah mesra dengan artis- artis yang telah diundang antaranya Awie, Ezlynn, Que Haidar, Pekin Ibrahim,Sofi Jikan dan Khir Rahman.Terdapat juga pelbagai gerai jualan dan promosi disediakan seperti Unifi, Celcom, Astro, Avon, gerai jualan makan minum dan pakaian. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, boleh menghubungi Unit Promosi FINAS ditalian 03-41041349/1326/1332 atau layari laman web finas di www.finas.gov.my dan Facebook promosifinas.