Pelakon Baharuddin Omar (kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Jailani Johari.KUALA LUMPUR: Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) akan mengadakan konsert amal yang dikenali "Satu Suara Satu Matlamat" di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober depan untuk mengumpul dana bagi membantu artis memerlukan.Pengerusi yayasan itu, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, konsert tersebut adalah usaha YA1M untuk memastikan golongan artis terutamanya artis-artis veteran dapat terus menerima bantuan. "Kami akan mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan yayasan dan objektif adalah untuk menghargai artis tanah air yang telah menyumbang dalam pembangunan industri hiburan tempatan."Ia juga sebagai titik tolak dan pemangkin dalam usaha YA1M untuk menjadi satu badan yang diurus selia secara profesional yang tidak mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak," katanya pada sidang media penganjuran konsert dan majlis penyampaian sumbangan wang ihsan kepada artis veteran, di Dataran Merdeka, di sini, Rabu.Tambahnya, seramai 10 orang artis popular yang terdiri daripada golongan baharu dan lama akan membuat persembahan istimewa untuk menghiburkan tetamu."Kami akan tampilkan lebih kurang 10 orang artis baru dan lama dalam tempoh lebih kurang sejam persembahan."Konsert ini akan diadakan dengan cara penjualan meja dan ia akan diuruskan oleh tenaga kerja YA1M sepenuhnya," kata DJ Dave.Tambahnya, hasil kutipan konsert tersebut akan disalurkan kepada yayasan sebagai dana untuk keperluan artis.Sementara itu pada majlis tersebut, YA1M turut menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada 48 orang artis veteran yang berumur 60 tahun ke atas.Antara artis yang menerima bantuan adalah Kismah Johari, Tawil, Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Razali Buyong, Z Lokman dan Abu Bakar Omar.Turut hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Jailani Johari dan barisan ahli jawatankuasa YA1M yang terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk A.Rahman Hassan dan Nancie Foo.