Wajah terbaharu Gaga (kiri) yang kelihatan berbeza pada bahagian hidungnya berbanding dengan gambar di sebelah kanan. PENYANYI Lady Gaga menafikan laporan yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya supaya kelihatan lebih mancung.Menurut laporan Daily Mail, Gaga berkata, buat masa ini dia tidak akan membuat sebarang pembedahan bagi mengubah wajah atau bahagian lain walaupun ia adalah perkara normal di kalangan selebriti di Amerika Syarikat. "Sehingga kini saya masih belum terfikir untuk melakukan sebarang perubahan pada wajah walaupun ia menjadi perkara biasa di kalangan selebriti di Hollywood," katanya.Gosip mengenai perkara tersebut tersebar luas selepas hidungnya kelihatan kecil dan runcing semasa muncul dalam sebuah majlis baru-baru ini.Malah ia turut menjadi perbualan hangat di kalangan peminatnya di Twitter.