suria

Kekasih Masih Terkejut Kematian Cory Monteith

Lea Michele (kanan) bersama Cory dalam satu majlis pada Jun lalu.
Lea Michele (kanan) bersama Cory dalam satu majlis pada Jun lalu.
Lea Michele (kanan) bersama Cory dalam satu majlis pada Jun lalu.

AKTRES Lea Michele iaitu teman wanita kepada bintang Glee, Cory Monteith meminta privasinya tidak diganggu berikutan kematian mengejut kekasihnya itu di sebuah hotel di Vancouver, Kanada pada Sabtu lalu.

Pelakon itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad berkata, dia tidak mahu diganggu oleh mana-mana pihak kerana terlalu terkejut dengan kejadian yang dianggapnya sebagai sesuatu yang dahsyat.

“Kami berharap semua pihak dapat menghormati permintaan Lea agar tidak mengganggunya buat masa ini,” kata jurucakap pelakon wanita itu kepada People seperti disiarkan portal dailymail.co.uk pada Isnin.

Cory ditemui mati dalam sebuah hotel mewah sebelum keluar malam pada Sabtu lalu. Laporan awal menyebut kematian itu tiada kaitan dengan perbuatan khianat dan pasukan perubatan masih menyiasat punca kejadian itu.

Berikutan kejadian itu Lea dilaporkan hampir-hampir menjadi histeria kerana dia tidak percaya dengan peristiwa menyayat hati itu.

Kedua-dua pasangan itu dipercayai mengikat ikatan kasih kira-kira dua tahun lalu tetapi tidak dinyatakan tarikh sebenar hubungan mereka terjalin

“Untuk pertama kalinya saya berasa benar-benar gembira mempunyai seorang kekasih. Saya merasakan seperti wanita yang amat bertuah di dunia ini,” kata Lea dalam satu temu bual dengan majalah Marie Claire pada awal tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain