Ashraf Muslim. PETALING JAYA: Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim dijangka akan memfailkan permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada Rabu.Akhbar Berita Harian melaporkan, Ashraf, 32, membuat permohonan itu bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman, 26, tiga tahun lalu. Sebelum ini, media pernah melaporkan pelakon itu mengakui ada masalah dalam hubungannya dengan isteri tetapi menepis dakwaan dia ingin berkahwin dua dengan izin isterinya itu.Bagaimanapun pada pertengahan Jun lalu, dia didakwa mengambil borang permohonan untuk berpoligami.Ashraf dan Noor Dayana yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah itu melangsungkan pernikahan di Mekah pada 30 Ogos 2011.Dalam perkembangan sama, media sebelum ini turut melaporkan Ashraf ingin berpoligami selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah mengakui menjalin hubungan dengan pelakon itu.Wanita tersebut turut mendakwa mengenali Noor Dayana serta reda jika terpaksa bermadu.