suria

100 Artis Baru & Lama Berhimpun Dalam 'Raya Sama-Sama'

PETALING JAYA: Seramai 100 selebriti baharu dan lama dikumpulkan oleh Radio Televisyen MAlaysia (RTM) bagi menjayakan program Raya Sama-Sama, bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti.

Menurut penerbitnya, Norhafizah Idris ini merupakan antara program yang besar dengan pembabitan ramai artis, sekali gus memberi kelainan berbanding rancangan raya lain terbitan RTM.

"Program ini juga simbolik kepada pertemuan semula terutamanya bagi artis-artis veteran selain mengumpulkan artis-artis baharu juga.

"Saya percaya ramai peminat yang akan menantikan aryis-artis kegemaran masing-masing," katanya.

Program ini dikendalikan oleh empat selebriti iaitu Azrul, Ifa Radziah, Arja Lee dan Mass Idayu.

Mengambil konsep rumah terbuka selebriti Malaysia, Raya Sama-Sama menggandingkan yang antaranya seperti penyanyi Gaya Zakri, Aman Shah, Halil Chik, Rosmaria dan Junainah M. Amin yang membawakan lagu-lagu klasik.

Dalam pada itu, penyanyi veteran seperti Datuk Jeffry Din, Datuk M Daud Kilau, Mariani dan Mimi Loma turut memeriahkan program ini.

Manakala generasi muda pula diwakili penyanyi seperti Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Syed Shamin, Kilafairy, Kaka Azraf, Emma Maembong, Elly Mazlein kumpulan Forteen dan KRU.

Raya Sama-Sama juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya serta sketsa pendek, temubual artis dan peminat, pertunjukan silap mata dan aksi-aksi spontan.

Program yang turut melibatkan seramai 30 orang anak-anak yatim itu bakal bersiaran pada 10 Ogos 2013, pada Sabtu, pukul 9 malam di TV1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain