Freddie bersama sebahagian pemuzik yang menuntuk pampasan daripada pihak penganjur pertandingan muzik World Art Games. Foto ART CHENPETALING JAYA: Seramai 99 pemuzik jalanan menuntut penganjur pertandingan muzik World Art Games (WAG) membayar ganti rugi kerana mendakwa ditipu apabila mereka tidak dibawa menyertai pertandingan tersebut di Zagreb, Croatia, yang sepatutnya berlangsung pada 29 hingga 10 Julai lalu.Bekas setiausaha Malaysian Youth Buskers Club (MYBC), Mahathir Abdul Rahim, 42, berkata, mereka menuntut penganjur membayar pampasan sebanyak RM3,000 setiap orang kerana gagal melaksanakan janjinya. "Sebenarnya seramai 120 peserta telah ditawarkan kontrak untuk ke WAG pada 29 hingga 10 Julai lalu dan para delegasi akan dibayar elaun berjumlah RM5000 setiap seorang. Tetapi pada saat-saat akhir, hanya enam peserta sahaja yang pergi ke pertandingan itu. 15 yang lain pula telah menarik diri."Pihak penganjur sering menunda wang pendahuluan mereka sehinggalah pada hari yang sepatutnya mereka bertolak. Terkontang kantingmereka apabila diberitahu tidak jadi pergi."Kiranya dua bulan latihan hanya kosong tanpa gaji. Sebab itu mereka menuntut wang pampasan sebanyak RM3,000 kerana penat lelah mereka tidak diendahkan langsung oleh penganjur," katanya.Mahathir ditemui pada sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang ingin membela nasib pemuzik-pemuzik tersebut di Plaza Damansara, di sini, Selasa.Turut hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.Tambah Mahathir, pihak penganjur telah mendapat dana sebanyak RM300,000 daripada pihak kerajaan untuk membawa delegasi peserta ke Croatia dan kerana itu tidak menjadi masalah untuk pihak itu membayar pampasan seperti yang diminta."RM300,000 mereka dapat dan hanya enam peserta sahaja yang pergi ke pertandingan itu. Jadi saya tidak nampak sebarang masalah untuk pihak penganjur membayar wang yang dituntut."Tambah pula saya difahamkan enam peserta itu termasuklah dua daripadanya merupakan penyanyi Radhi (OAG) dan Ani Mayuni ke sana tanpa sebarang elaun," ujarnya.Beritahu Mahathir lagi, lebih kurang 20 pemuzik tersebut telah membuat laporan polis dan memberi tempoh masa dua minggu (bermula Selasa) kepada pihak penganjur membayar wang pampasan yang dituntut."Sekiranya mereka tidak mengendahkan perkara ini, tindakan undang-undang akan diambil," tegasnya.Sementara Freddie berkata, pihaknya akan membantu pemuzik-pemuzik tersebut dalam menyelesaikan isu tuntutan tersebut."Sebagai persatuan yang membantu artis-artis negara ini, pihak kami ingin menolong pemuzik-pemuzik ini dalam menyelesaikan masalah mereka dengan menghulurkan bantuan guaman selain memberikan khidmat nasihat."Kasihanilah mereka yang bersungguh-sungguh mengejar impian. Tetapi harapan itu musnah apabila mendapati pertandingan yang mungkin dapat mengharumkan nama mereka dan negara hanyalah angan-angan kosong sahaja," kata Freddie.