Harry StylesHARRY Styles, sejak dahulu lagi dikenali sebagai lelaki 'playboy' apabila menjalinkan hubungan dengan ramai tidak kiralah sama ada selebriti, model ataupun orang biasa.Terbaharu, Harry yang merupakan salah seorang ahli kumpulan One Direction mendedahkan dia sudah menjalinkan hubungan dengan ramai wanita dan tidak semua orang yang benar-benar dicintainya. "Sudah pasti kurang daripada 100 orang wanita saya jalinkan hubungan. Eh tidak, kurang daripada 50. Ahhh! Saya menyerah! Kamu semua memang pandai mengorek rahsia saya," selorohnya ketika di temubual oleh majalah United Kingdom, GQ.Bagaimanapun tambah Harry, walaupun berpelesiran dengan ramai wanita, dia mengakui hanya menjalinkan hubungan intim dengan dua orang sahaja. Harry juga enggan mendedahkan siapa dua wanita tersebut.