Linda Hashim dan suami BeegoKUALA LUMPUR: Aktres Linda Hashim yang baru mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, mengambil kesempatan pada Hari Raya ini untuk mengenali lebih dekat keluarga suaminya.Linda, 29, berkata sejak berkahwin pada 7 Jun lalu, dia belum lagi berpeluang mengenali keluarga besar Beego yang berada di Johor Bahru. "Pertama kali beraya sebagai suami-isteri sudah tentu berbeza berbanding sewaktu bujang dulu. Kali ini kami akan beraya di Johor Bahru."Peluang pada Hari Raya ini membuka ruang kepada saya untuk berjumpa dengan sanak saudara sebelah keluarga Beego, mereka pun sudah awal-awal lagi suruh kami balik beraya di sana," katanya.Tambah Linda, beraya bersama keluarga mertua turut mengubat rindu terhadap Allahyarham ibunya."Sedih juga kali ini tidak dapat ke kubur ibu selepas sembahyang raya, tapi Insya-Allah lepas beraya di Johor kami akan balik ke kampung saya di Perak pula."Beraya bersama keluarga mertua terutamanya ibu mertua sedikit sebanyak mengubat rasa rindu terhadap kasih sayang seorang ibu," katanya.